Thursday, March 1, 2012

Try & Keep Trying

    Sometime I feels like doing nothing right. Sometime I feels like wanna go againts the world. But hey, I'm just a human. Nobody is perfect right?. So I'm not ashame to admit that sometime I'm wrong on my judgement. Even if I think that I'm right, the truth is I'm not.

    It's start back on my childhood. Brings back memory. The fun and enjoyable moments is the one that gets the spot on my brain. Seal thight in my mind. Never forgot those days. But the not so pleasant memory is very hard to forget. For example when I'm being whack by the teacher infront of the whole class in standard 3. Just because I'm not doing his homework, I got special present from him. A whack on the butt 3 times. Making it best is I'm the only one that get it. Damm.. Still trying to erase that one. It's so embarrassing you know.

     The other one is when I'm in standard 6. That is the bomb. I get into a fight with a girl. It all started when I, the carefree student. Make a commotion int the class. UPSR is just around the corner that day. Others was studying while I sit on my chair being bored to death. So I start to DEMONING my self( just make that word, never see other used it before ). I tempted my friend to stop study. Not hard at all. A gossip sprang. Later, there is a group of gossiping boy emerged. From just talk it turn to a mess. The whole class started to accumulate noise. Louder and louder. Then this girl, a librarian stood up. She's agitated by the noise. She spill her anger towards me. Then, you know boys those day. I make my stand. The pushing scene started. She push me, I push her back (my hand is at her shoulder okay!). Then, out of the blue. A fist fly, landed on MY CHEEK. The whole class became silent. The others look eagerly at me, anticipating my reaction.Even I'm agitated by that I never landed my fist on her, i regret that it happen. She is actually a good girl. I was the first boy who manage to agitate her and being punched. Damm that girl's fist is like a rock. Nurul Iman. Still remember the name. Wonder if she remember that.

      Actually there is many more. But, I'll leave it for later. This blog ain't going anywhere right? So I just hold on to it for a moment. But I'm so sorry about messy grammar or spelling error. My English is not so good, but I wanna try to improve my English. Please correct me where I'm wrong. Thanks in the advance.

Monday, January 23, 2012

Bosan

Bosan. Bangun pagi jek aku tgk dapo dh kehabisan stok mknan.Nak pegi kdai bli malas lak nk kua. ari cuti la katekan. Nak lepak2 kt umah merehatkan badan yang sangat2 letih. Kwn ajak g BBQ. Tp aku cam malas nak follow.Penat dowh. Esok nk kerje lg. Nak X nak aku update la blog yang dah lame aku tinggal nie. kerje tidak mengizinkan aku mengupdate blog ni selalu. nak cuti susah. asyik kena beku jek. Tapi bile aku pikir balik aku terase cam xberpuas ati jek. kerje cam robot. kerje 24jam. so bile mase nak rehat? bile mase nk makan? bile mase nk merokok? bile aku tnye yang lebih berpengalaman jawapan die camnie "pandai2 la cari mase sendiri." tapi bile kantoi jawab le sendiri. Terlari dari niat asal plak. Aku sebenarnye nak meluahkan kebosanan aku nie. Jadi luahan xpuas ati plak. So sambung balik kisah bosan aku hari nie. Tgk tv pon xda cerite best2. dokumentari. wawancara. talk show. xda cite lain ke wahai syarikat penyiaran..!! Sudah nye tahap bosan aku dah maksimum. so untuk mengurangkan kebosanan aku nie, aku nak kua memantau masalah2 dunia kt kawasan aku nie. Mane tau ade sesuatu yang menarik untuk aku post kn di blog nie nannti. so adios u olls..

Friday, August 19, 2011

orang yang aku paling benci.

Raya diperantauan memang xbest.Tambah-tambah lagi bila kita xda sape-sape kt situ.
cukup membosankan dan mengganggu emosi.Dah 4 tahun aku kat cni. tahun ni aku nak rasa plak raya kt tempat orang.xtau la best @ tak. saudara-mara kat cni xda. pagi raya plak kena bertugas. melepas aku nak sembahyang raya kat cni. dengar orang bertakbir jela.
Ops.. ape yang aku merepek ni... dah lari dari topik asal plak. aku sebenarnya nak wat sikit luahan perasaan dalam entry kali ni.Dah lame sangat aku x update blog ni. kerje banyak sampai aku xsempat nk update. anyway aku sebenarnya xberpuas hati dengan someone ni.Tak habis-habis nak menyusahkan orang. aku sebut nama kang aku kena lagi. so tak perlu la aku mention nama beliau yang sungguh menyakitkan hati tu. aku pasti rakan-rakan sekerja aku sume setuju dengan statement aku ni.
Yang paling aku xdapat nak terima tu dia boleh ikut jek ape dia nak. Dia asyik tolak jek permohonan orang. Aku punya dah banyak kali gak kena tolak. Kalau kita bersuara dia cakap kita ingkar arahan. maka kenalah tindakan. Alasan dia "saya nak bantu cik / lagi 10@15tahun cik akan berterima kasih saya tolak permohonan cik" ( yela tu.. lagi 10@15 tahun sumpah seranah orang yang di tolak tu boleh mengatasi tinggi KLCC kalau nak diukur.)
Kalau nak bantu approve jela aplication orang tu. Ni asyik meng tidakkan hak orang tu. Mintak bantuan dengan dia pandai plak dia suruh mintak tolong kawan-kawan. Kalau ikutkan hati aku nak jek aku undergroundkan aplication aku tu. Tapi dek pemikiran aku masih waras aku xjadi nak wat camtu.
Tapi disebabkan tahap ketidak puasan hati aku yang tidak terbendung lagi. Sekarang aku dengan rebellion aku.Aktiviti-aktivi yang konon-konon untuk membantu orang tu aku malas nak turut serta sekarang ni. ada alasan aku bagi alasan. Xda alasan aku report sakit. Xdpt mc pun aktiviti tu aku terlepas la.(nak rebellion pun kne jage jgn sampai aku terkena tindakan) Tapi aku xtau la kalau entry ni pun dipolitikkan oleh Beliau And The Gang untuk menghentam aku dengan tindakan-tindakan yang memenatkan.
Peduli ape aku. Kalau beliau tu ada terbaca entry aku ni, paham-paham sendiri la ea. Xda sape yang suke ko kt cni. boleh blah la!!!! Ko berambus ramai orang wat kenduri kot. So sekian saja luahan hati dan perasaan aku. Wassalam... kite bakor jek!!!

Friday, October 1, 2010

Open House

Bulan syawal ni memang bawa banyak kenangan. Bulan menayambut kemenangan la katekan. Kat Johor ni yang bes time raye nie ofkoz la banyak open house...
Aku dh seminggu makan kat open house jek. Direct plak tu... memang jimat. Perut pun kenyang. hehe...
Nak cite sal open house nie. Kat area umah aku nie banyak toi yang wat open house. Aku ni bile sampai bab makan, xda kompromi lagi. Memang aku makan kaw2. Bile kenyang bru aku balik. Dah balik tido plak, menghadam makanan yang banyak aku dh makan tu.. Damm, cam ular sawa..
Disebabkan banyak makan, sekarang badan aku dh naik 2kg. Banyak siot... Nak turun balik punye la susah. Ntah bile bru dapat turun balik tu. Nasib baik le raye dah nak abes.. tapi line-up jemputan open house banyak agi ni...
Nie japgi aku nak g open house agi.. sesape yang nak ikot tu jom la join sekaki aku makan... huhuhu... bubye...

Wednesday, September 29, 2010

Kesedaran Diri....

Pagi ni aku baca paper macam-macam hal ada. Kes buang bayi la, kes bunuh la,kes pukul la, kes along dan jugak kes angah. Semua ni buat aku berfikir sejenak, dimana silapnya sampai semua kes-kes ni berlaku makin kerap di negara kita ni.?

Macam kes Sosilawati tu, tak terfikir aku ada orang yang sanggup buat sampai macam tu pada orang lain. Dah la dibunuh, tergamak mereka yang terlibat tu bakar jenazah tu. Mana letak sifat kemanusiaan mereka tu??

Kes fitnah tu selalu juga aku dengar, tapi jarang betul aku dengar mak nak fitnah anak dia. Ada ker mak yang dah jaga anak dia sejak dari kecil sampai dewasa pastu kawin sanggup lagi dia nak fitnah anak? mak fitnah anak ke anak yang fitnah mak tu? Aku tak tahu la apa kes yang sebetulnya tu.

Tapi cuba difikir-fikirkan, semua tu berlaku disebabkan kurangnya kesedaran diri dan nurani. Tuhan dah anugerahkan kepada manusia, tak pernah berkira kaum atau agama sempurna akal fikiran dan sebaik-baik kejadian. Tapi manusia itu sendiri yang buat masalah, buat onar dan membuat kekacauan dikalangan mereka sendiri.

Jangan salahkan orang, mungkin kita patut bermula dengan menyalahkan diri kita sendiri yang alpa ni. Dari situ baru kita akan nampak hakikat yang sebenar diri kita dan orang lain.

Saturday, September 4, 2010

Edisi Dah Nak Raya Wei...!

haha... akhirnye hari2 akhir puasa mula sampai. At first aku xbp syok nk pk raye nie. Tp ble incas aku ckp aku blh cuti raye. mula la kegembiraaan aku melambung2.

boleh balik kampung. bukan sume anggota blh balik raya. ramai yang ken bertugas time raya. so untuk tidak menyakitkan ati atau menyinggung mane2 pihak, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua anggota seluruh malaysia.

Tuesday, August 17, 2010

Edisi Puisi Kew??!!

Edisi khas kali ni merupakan satu desakan dari kawan aku yang menyertai satu cantoi da kontes. Aku tengok kontes tu menarik gak.

Ada adiah. Yang pentingnye kite dpt merapatkan silaturrahim sesame bloggers. Nak tau lebih lanjut kisah kantoi da kontes PUISI ni tgk r gambar nie. Ok, aku nak berpuisi mengikut cita rasa sastera aku yang tidak seberapa ketika nie......

#######################

Matahari bersinar menerangi alam,

Rembulan memancarkan sinar indahnya malam,

Tidak cahaya tanpa matahari,

Tidak indah malam tanpa rembulan,


Cahaya mentari membawa kehidupan,

Cahaya rembulan membawa kegembiraan,

Kau bagiku umpama mentari,

Kau bagiku bak rembulan,


Menerangi siang gembira ku,

Cahaya kegembiraan malam-malam ku,

Tanpa mu aku tidak berdaya,

Tanpa mu aku tidak lagi gembira,


Aku menjagamu penuh kasih sayang,

Aku menyayangi mu sepenuh hati ku,

Tetapi kau sekarang sudah berubah,

Kau sekarang kerap menguji diri ku ini,


Menguji tahap kesabaran ku,

Menguji sejauh mana kasih sayang ku,

Ternyata kau tidak lagi setia pada ku,

Kau kini sudah beralih arah,


Tinggal aku sendiri meniti hari-hari,

Siangku gelap, malamku suram,

Tiada cahaya dapat menerangi hidupku ini lagi,

Mengapa kau pergi,


Mengapa kau jadi begini,

Mengapa,

Mengapa,

Mengapa,



Mengapa kau rosak wahai motor ku,?? mengapa

Camne aku nak g kerje nie,

Argh......