Friday, July 16, 2010

Memoir Seorang Aku

Masih aku ingat lagi mase mula-mula aku masuk pasukan polis dulu. Sampai jek dah kena maki. Tepinga-pinga aku cam orang kematian kucing. Ape salah aku kena maki? Xda salah pon sebenarnye, JL(jurulatih) saje nak toce mentel2 pelatih2 yang datang lapor diri haritu. Tapi sebelum sampai kat pulapah. Biar aku cite dulu kisah sebelum aku sampai sane.

Dulu aku hanye seorang stor keeper kat pasaraya. Nak mintak keje lain xdapat-dapat. Ari-ari aku dok loading n unloading stok. Pastu anta disposable, wat return. Aku wat perkara yg same sampai la 1 ary. Mak aku tetibe datang kat aku sebelum aku kua g kerje.

" Mak nak kamu cuti hari isnin depan, ada hal penting " Mak aku cakap direct to the point kat aku.

Ok. Tu jek yang aku jawab kat mak aku (damm, nmpak cam aku ank durhaka plak). Aku pun meneruskan perjalanan aku ke tempat kerje aku tu. Aku meneruskan pekerjaan aku tanpa sebarang rase curige atau rase hampe(rezeki halal beb). Sebelum time lunch aku pun apply cuti kat superbizer aku. Disebabkan aku ni seorang yang berdisiplin n berintegreti tinggi, maka senang la bagi aku untuk mendapat cuti.

Jadi tersebut la kisah pada hari Isnin tu. Pagi2 lagi mak aku dah kejutkan aku. Dia gegar pintu bilik aku cam gendang tarian singa. Aku lantas bangun capai towel, teros g bathroom. Ble aku bkak pintu bilik aku tu. Kelepek!! tangan mak aku singgah kt dahi aku. Mak aku still ketuk walaupun aku dh bukak pintu. Sakit nye bkn kepalang. Nasib la my mother. Lau org lain mampos aku hentak.

Aku tengok Bapak aku ngah duduk tengok selamat Pagi Malaysia di TV1 sambil minum kopi buatan mak ku itu.

"Meh sini sarapan dulu"

Bapak aku cakap simple jek. Aku pun berlalu dengan perasaan resah gelisah, duduk kt sebelah bapak aku tu. Capai cawan berisi kopi, terus aku hirup kopi tersebut dengan sopan dan bersantun (takut kena hentak ngan bapak aku lau xsemenggah). Lepas makan2 sarapan yang mak aku sediakan. Mak aku bagi aku 1 fail.

" Amik fail ni. Pergi inteview kat dewan "

Interview? Ape ni?? Aku pelik. Tapi disebabkan aku seorang anak yang baik n soleh. Aku pon g la kat dewan yang aku maksudkan tadi. Aku tengok ramai yang datang. Datang dengan mak, ayah, gepren ada gak yg dtg ngn kwn2. Aku yang dalam kepelikan tengok kiri kanan. Aku nampak sorang brader ni ngah isap rokok (rokok membahayakan kesihatan k). Aku datang dekat brader tu,

" Semekom bro " aku bagi salam selaku seorang yang beragama Islam.

Brader tadi jawab salam aku. Aku pon tanye kt brader tu, inteview ape yg ngah jalan ni.

"Temuduga polis, kau datang ni nk watpe?" brader tadi jawab cam panas ngan soklan aku.

Aku terus blah tanpa memanjangkan perbualan tadi. Sungguh tidak aku sangka mak aku suruh aku g inteview polis rupenye. Mana die tau ada interview ni aku msh xdpt tau sampai sekarang.

Aku nk blah pown aku dh sampai. So, aku teruskan jek. Tetibe membe aku tepon, dia ajak aku g interview tu. Aku dengan penuh perasaan cakap la kt dia yang aku dah ada kt interview ni. Member aku tu tanpa segan silu memaki hamun aku pasal xajak dia. Aku hanye boleh tergelak jek.. Sory fares, bkn rezeki ko.

Maka bermula la epic interbiew aku tu. Mula2 kne di ambil ukuran bdn, 32 25 32. Damm....ape ni?? Tinggi aku di ukur, pastu aku ditimbang ala2 men sepak raga. Dah lepas sume tu bermula la kepenatannye..
to be continue........

0 comments:

Post a Comment