Wednesday, July 21, 2010

Jenazah?!

Al kisah.....
Maka tersebut la pagi tadi satu kejadian yang memberi sumber ilham kepada aku untuk menulis post nie.....
Kejadian yang berkaitan dengan soal hidup dan kematian seorang umat manusia yang beragama Islam.
Bak kata si pujangga "Yang hidup pasti akan mati, Yang mati takkan kembali" yang dh pergi tu jangan la kita pikirkan lagi. Bini mati cari lain, kucing mati beli lagi pe susah.DAMM....


Ini lah dia yang aku cakap-cakapkan tadi. Kejadian yang mengingatkan aku pada kedosaan yang aku buat. Kepoya-poyaan yang aku lakukan.DAMM...

Okay2~~ sebelum post nie melalut jadi yang bukan-bukan, bek aku story hal yang berlaku...
Sebenarnye pagi tadi ada Kursus Pengurusan Jenazah kat IPD Batu Pahat. Satu program latihan dalam perkhidmatan (LDP) oleh Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Pic tu merupakan member aku yang dilayan umpama jenazah tidak dituntut.kekeke.DAMM~~

Bermula nye LDP pagi tadi, ceramah diberi untuk menerangkan kepentingan ibadah fardhu kifayah ni. Mula-mula insaf gak aku dengar ceramah ustaz tadi. tapi lepas lunch hour jek ilang terus rase insaf aku tu.DAMM...

Ustaz2 dari MAIJ tu memang otai dalam pengurusan jenazah. Aku musykil jek dengan senang dia jawab. Aku tanye ustaz jawab, orang tanye ustaz jawab, aku xtanye pun ustaz tu jawab. Daripada story-story ustaz terbabit, aku boleh menggambarkan dengan jelas perihal pengurusan jenazah ni. Tapi aku still xkonfident lau ada orang suruh aku yang uruskan jenazah. Takut aku memikirkan hal tu.

Bagus gak la BAKA wat aktiviti camni. Memberi kesedaran pada anggota-anggota PDRM Batu Pahat tentang kepentingan pengurusan jenazah. Kadang2 kami ni banyak memikirkan masalah dunia jek. Maklum la, masyarakat bile ada masalah jek rujuk Polis, anak lari cari Polis, bapak hilang cari polis, emak hilang cari polis, jalan jem cari polis, kene saman marah polis. yang aku pelik tu anak g snooker pon cari polis. Dah xboleh nak jaga anak sendiri ke?

Ha, tu kisah lain la. Sekarang ni kisah mayat@jenazah, bukan tentang masalah2 masyarakat. Ni aku sertakan sekali pic2 berkenaan dengan LDP pengurusan jenazah tu. Tengok jek, jangan tiru.

Ini ustaz dari MAIJ tu, ape ntah name dia. Aku lupe. Yang berpura-pura jadik mayat tu aku pon xtau nama dia. Xsempat nak intebiew, dh jadik mayat palsu.

Ha, ni ustaz BAKA. Aku tau nama dia. Ni la ustaz Nazri. Kecik2 jek orang nyew.. Anak jati batu pahat. Single n Still abelebel... kekeke~

"Jenazah mesti kita kiam kan. Jangan biar jek macam nak g pasar"
Seperti itu la kata-kata ustaz tersebut sambil aku menokok tambah. DAMM....


Ni plak teknik utk kuarkan hasil2 yang belum kuar dari jenazah. Tekan perut dia.
Ble ustaz tekan jek maka kantoi la jenazah terbabit bahawa beliau makan megi cukup banyak. kekeke~~

Dah bentang kain kapan, letak kapas secukup rase k. Gunakan kapas yang berkualiti tinggi sahaja untuk memberi keselesaan maksimum pada jenazah.



" Ejas sket bagi rata n memenuhi rongga" lebih kurang itu la yang ustaz tu ckp.

Ha, masuk la part yang aku paling ske tengok, sal jenazah palsu.

"Kita letak kapas berkualiti tinggi tadi kat belah atas plak" ustaz tu memberi tunjuk ajar pada anggota-anggota Polis IPD Batu Pahat sambil diperhatikan oleh aku.




Lepas tu bermula la acara bungkus membungkus yang digemari ramai. Memang jadik mangsa bdk tu. DAMM~~

"Bungkus baek2, untuk memberi keselesaan pada "jenazah" saje jek aku suruh dorang bungkus ketat2.. kekeke~~


Bungkus dan bungkus lagi mengikut kesesuaian.


Disebabkan bukan jenazah betol maka, tidak lah kami membungkus sepenuhnye jenazah tersebut. Takut silap2 jadik jenazah btoi plak. Xpasal2 jek kena 302KK. Mampus aku....


Maka tamat la kisah yang aku nak citerkan nie.... sekian wassalam....

4 comments:

  1. wa .. una ingtkn betul tadi.. cuak plak.grr takut,,,, hik..
    jo singgh blog una ..ade entry pasal kopi termahal didunia..=)
    http://teddyunawakaka.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah siap ajar nak membalut jenazah..bagus2...dulu time sekolah agama...gua tengok dari jauh jer...hahaha

    ReplyDelete
  3. tujuan nye lbh kurang gitu lew....
    marcello: nasib bek xjadi model. lau xkne la bungkus cam mamat kt atas tu...

    ReplyDelete
  4. pergh...seram sejuk beb kena bungkus...hahaha

    ReplyDelete