Tuesday, August 17, 2010

Edisi Puisi Kew??!!

Edisi khas kali ni merupakan satu desakan dari kawan aku yang menyertai satu cantoi da kontes. Aku tengok kontes tu menarik gak.

Ada adiah. Yang pentingnye kite dpt merapatkan silaturrahim sesame bloggers. Nak tau lebih lanjut kisah kantoi da kontes PUISI ni tgk r gambar nie. Ok, aku nak berpuisi mengikut cita rasa sastera aku yang tidak seberapa ketika nie......

#######################

Matahari bersinar menerangi alam,

Rembulan memancarkan sinar indahnya malam,

Tidak cahaya tanpa matahari,

Tidak indah malam tanpa rembulan,


Cahaya mentari membawa kehidupan,

Cahaya rembulan membawa kegembiraan,

Kau bagiku umpama mentari,

Kau bagiku bak rembulan,


Menerangi siang gembira ku,

Cahaya kegembiraan malam-malam ku,

Tanpa mu aku tidak berdaya,

Tanpa mu aku tidak lagi gembira,


Aku menjagamu penuh kasih sayang,

Aku menyayangi mu sepenuh hati ku,

Tetapi kau sekarang sudah berubah,

Kau sekarang kerap menguji diri ku ini,


Menguji tahap kesabaran ku,

Menguji sejauh mana kasih sayang ku,

Ternyata kau tidak lagi setia pada ku,

Kau kini sudah beralih arah,


Tinggal aku sendiri meniti hari-hari,

Siangku gelap, malamku suram,

Tiada cahaya dapat menerangi hidupku ini lagi,

Mengapa kau pergi,


Mengapa kau jadi begini,

Mengapa,

Mengapa,

Mengapa,



Mengapa kau rosak wahai motor ku,?? mengapa

Camne aku nak g kerje nie,

Argh......

Friday, August 13, 2010

Edisi Bulan Puasa

Sedar tak sedar bulan pose dh sampai. Aku still xdapat nk adapt lg pada suasana puasa kesorangan ngn kwn2 jek. Walaupun dah 3kali aku alami camni... Dh berpuluh2 kali aku puasa ngan family. Kadang2 rase gak kerinduan pada family yang jauh dimata tapi dekat dihati.
Lau kne kerje time raye lagi sedih oo.
Kerje cam aku ni time orang tido aku g ronda jge ketenteraman dan keselamatan orang awam. Orang awam boleh tido nyenyak. Kami bersengkang mata, itu tanggungjawab dan amanah yang dah diberi pada aku n rakan-rakan seperjuangan. Aku xmenyesal pun ngan kerjaya yang aku pilih nie. Memang kadang-kadang aku rase stress yang melampau, penat yang amat sangat, pilu n sayu time dengar orang takbir raye coz kne kerje. Tp kerjaya aku ni mengajar aku erti kehidupan seorang manusia, kne wat pilihan. Tp xsume pilihan kite betul. Kena terima kesan daripada pilihan kita tu.
Bulan puasa ni memang memberi aku sumber inspirasi untuk berfikir dengan lebih baik dan jelas lagi tentang mase depan kerjaya aku. Baik buruk pilihan aku. Setiap yang bermula pasti ada penamatnye. Macam mana kerjaya aku ni akan tamat aku sendiri tak tahu. Yang aku tau sekarang ni kerje buat benda yang betul. Lau aku wat sesuatu yang salah tolong r tegur aku. Aku tak marah.
Aku sedar kita sebagai manusia ni selalu wat silap. Cme diri terlalu ego utk nampak silap sendiri. So pada bulan puasa ni tolong r sedarkan aku lau aku dah silap kt mane2 k...

Salam Ramadhan untuk semua....

Monday, August 9, 2010

edisi kerje berlambak-lambak!

Cilakak sungguh. bulan ni byk plak kerje. nk wat cmne, dh kerje. tetap setia walau dlm pakse. kekeke.... Kerje memang banyak... ngan musabaqah lagi. ops lagi. cam2 la... so sekarang aku slow down blogging ni.... until my kerje is bekurangan... lau ada mase ada la post bru...

Tuesday, July 27, 2010

Wacana Sebuah Hubungan

Orang selalu bertanye, nape mesti ada perpisahan dalam sebuah hubungan. Aku bagi balik, nape tanye aku?. Aku bukan DR. Luv. Tapi yang pasti, kalu berlaku perpisahan memang la ada perasaan sedih, kecewa, duka, marah macam2 lagi la.

Lepas tu ada lak yang wat perkara2 bodoh. Ada yang nak bunuh diri, ada yang hidup jadik xmenentu, ada yang xmau makan. Kadang2 bile aku pk2 balik memang bengong. Perlu ke wat camtu? Aku pun penah gak putus cinta, memang la cdey, tambah2 lagi kite sayang glew kt girl tu. Tapi xda la sampai aku terfikir lak nk bunuh diri. Erm. Lain orang lain la cara die handle stress.

Jangan sampai xblh handle stress sudah. Buruk padahnye nanti.

Entry ni sbnrye pasal aku tengok kwn aku yang bru ptus cinte. Cian lak aku tgk die... cam org gilew. Aku bagi makanan die blh gaul2 jek nasik 2. Die igt awek die datang balik kew klau wat cmtu. Aku bagi nasihat xjalan.
so aku wat la entry pendek ni.

Pd sape2 yang ada cadangan tentang ape yang kawan saye ni perlu wat tlg r bgtau die...

Monday, July 26, 2010

Edisi Bercuti !?!?!?

Once upon a time. In a land far-far away. Lived a man with a lots of work. He just don't know what he want to do during the holiday. But sometimes he whine about no rest, only work. So, he apply for a leave. Wadafak... jadah ntah ape yang aku tulis nie...

Edisi cuti, aku sekaarang on leave. So aku pin plan r nk wat mcm2. Tapi cam xkesampaian jek. Aku dh datang sampai Semenyih. Gilew xda ape kt sni. Nk g karok xtau ktne.. sekarang ni terpakse la aku mengharapkan member aku Abg Reen tolong aku kuar dari kebusanan nie.. Mamat tu plak kerje.. Aku igt still penganggur teerhormat. Upenyew dh ada yang sanggup amek beliau bekerje... Xkisah la tu.. Bro... tlg aku yang kebosanan nie......

Wednesday, July 21, 2010

Jenazah?!

Al kisah.....
Maka tersebut la pagi tadi satu kejadian yang memberi sumber ilham kepada aku untuk menulis post nie.....
Kejadian yang berkaitan dengan soal hidup dan kematian seorang umat manusia yang beragama Islam.
Bak kata si pujangga "Yang hidup pasti akan mati, Yang mati takkan kembali" yang dh pergi tu jangan la kita pikirkan lagi. Bini mati cari lain, kucing mati beli lagi pe susah.DAMM....


Ini lah dia yang aku cakap-cakapkan tadi. Kejadian yang mengingatkan aku pada kedosaan yang aku buat. Kepoya-poyaan yang aku lakukan.DAMM...

Okay2~~ sebelum post nie melalut jadi yang bukan-bukan, bek aku story hal yang berlaku...
Sebenarnye pagi tadi ada Kursus Pengurusan Jenazah kat IPD Batu Pahat. Satu program latihan dalam perkhidmatan (LDP) oleh Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Pic tu merupakan member aku yang dilayan umpama jenazah tidak dituntut.kekeke.DAMM~~

Bermula nye LDP pagi tadi, ceramah diberi untuk menerangkan kepentingan ibadah fardhu kifayah ni. Mula-mula insaf gak aku dengar ceramah ustaz tadi. tapi lepas lunch hour jek ilang terus rase insaf aku tu.DAMM...

Ustaz2 dari MAIJ tu memang otai dalam pengurusan jenazah. Aku musykil jek dengan senang dia jawab. Aku tanye ustaz jawab, orang tanye ustaz jawab, aku xtanye pun ustaz tu jawab. Daripada story-story ustaz terbabit, aku boleh menggambarkan dengan jelas perihal pengurusan jenazah ni. Tapi aku still xkonfident lau ada orang suruh aku yang uruskan jenazah. Takut aku memikirkan hal tu.

Bagus gak la BAKA wat aktiviti camni. Memberi kesedaran pada anggota-anggota PDRM Batu Pahat tentang kepentingan pengurusan jenazah. Kadang2 kami ni banyak memikirkan masalah dunia jek. Maklum la, masyarakat bile ada masalah jek rujuk Polis, anak lari cari Polis, bapak hilang cari polis, emak hilang cari polis, jalan jem cari polis, kene saman marah polis. yang aku pelik tu anak g snooker pon cari polis. Dah xboleh nak jaga anak sendiri ke?

Ha, tu kisah lain la. Sekarang ni kisah mayat@jenazah, bukan tentang masalah2 masyarakat. Ni aku sertakan sekali pic2 berkenaan dengan LDP pengurusan jenazah tu. Tengok jek, jangan tiru.

Ini ustaz dari MAIJ tu, ape ntah name dia. Aku lupe. Yang berpura-pura jadik mayat tu aku pon xtau nama dia. Xsempat nak intebiew, dh jadik mayat palsu.

Ha, ni ustaz BAKA. Aku tau nama dia. Ni la ustaz Nazri. Kecik2 jek orang nyew.. Anak jati batu pahat. Single n Still abelebel... kekeke~

"Jenazah mesti kita kiam kan. Jangan biar jek macam nak g pasar"
Seperti itu la kata-kata ustaz tersebut sambil aku menokok tambah. DAMM....


Ni plak teknik utk kuarkan hasil2 yang belum kuar dari jenazah. Tekan perut dia.
Ble ustaz tekan jek maka kantoi la jenazah terbabit bahawa beliau makan megi cukup banyak. kekeke~~

Dah bentang kain kapan, letak kapas secukup rase k. Gunakan kapas yang berkualiti tinggi sahaja untuk memberi keselesaan maksimum pada jenazah.



" Ejas sket bagi rata n memenuhi rongga" lebih kurang itu la yang ustaz tu ckp.

Ha, masuk la part yang aku paling ske tengok, sal jenazah palsu.

"Kita letak kapas berkualiti tinggi tadi kat belah atas plak" ustaz tu memberi tunjuk ajar pada anggota-anggota Polis IPD Batu Pahat sambil diperhatikan oleh aku.




Lepas tu bermula la acara bungkus membungkus yang digemari ramai. Memang jadik mangsa bdk tu. DAMM~~

"Bungkus baek2, untuk memberi keselesaan pada "jenazah" saje jek aku suruh dorang bungkus ketat2.. kekeke~~


Bungkus dan bungkus lagi mengikut kesesuaian.


Disebabkan bukan jenazah betol maka, tidak lah kami membungkus sepenuhnye jenazah tersebut. Takut silap2 jadik jenazah btoi plak. Xpasal2 jek kena 302KK. Mampus aku....


Maka tamat la kisah yang aku nak citerkan nie.... sekian wassalam....

Friday, July 16, 2010

Memoir Seorang Aku

Masih aku ingat lagi mase mula-mula aku masuk pasukan polis dulu. Sampai jek dah kena maki. Tepinga-pinga aku cam orang kematian kucing. Ape salah aku kena maki? Xda salah pon sebenarnye, JL(jurulatih) saje nak toce mentel2 pelatih2 yang datang lapor diri haritu. Tapi sebelum sampai kat pulapah. Biar aku cite dulu kisah sebelum aku sampai sane.

Dulu aku hanye seorang stor keeper kat pasaraya. Nak mintak keje lain xdapat-dapat. Ari-ari aku dok loading n unloading stok. Pastu anta disposable, wat return. Aku wat perkara yg same sampai la 1 ary. Mak aku tetibe datang kat aku sebelum aku kua g kerje.

" Mak nak kamu cuti hari isnin depan, ada hal penting " Mak aku cakap direct to the point kat aku.

Ok. Tu jek yang aku jawab kat mak aku (damm, nmpak cam aku ank durhaka plak). Aku pun meneruskan perjalanan aku ke tempat kerje aku tu. Aku meneruskan pekerjaan aku tanpa sebarang rase curige atau rase hampe(rezeki halal beb). Sebelum time lunch aku pun apply cuti kat superbizer aku. Disebabkan aku ni seorang yang berdisiplin n berintegreti tinggi, maka senang la bagi aku untuk mendapat cuti.

Jadi tersebut la kisah pada hari Isnin tu. Pagi2 lagi mak aku dah kejutkan aku. Dia gegar pintu bilik aku cam gendang tarian singa. Aku lantas bangun capai towel, teros g bathroom. Ble aku bkak pintu bilik aku tu. Kelepek!! tangan mak aku singgah kt dahi aku. Mak aku still ketuk walaupun aku dh bukak pintu. Sakit nye bkn kepalang. Nasib la my mother. Lau org lain mampos aku hentak.

Aku tengok Bapak aku ngah duduk tengok selamat Pagi Malaysia di TV1 sambil minum kopi buatan mak ku itu.

"Meh sini sarapan dulu"

Bapak aku cakap simple jek. Aku pun berlalu dengan perasaan resah gelisah, duduk kt sebelah bapak aku tu. Capai cawan berisi kopi, terus aku hirup kopi tersebut dengan sopan dan bersantun (takut kena hentak ngan bapak aku lau xsemenggah). Lepas makan2 sarapan yang mak aku sediakan. Mak aku bagi aku 1 fail.

" Amik fail ni. Pergi inteview kat dewan "

Interview? Ape ni?? Aku pelik. Tapi disebabkan aku seorang anak yang baik n soleh. Aku pon g la kat dewan yang aku maksudkan tadi. Aku tengok ramai yang datang. Datang dengan mak, ayah, gepren ada gak yg dtg ngn kwn2. Aku yang dalam kepelikan tengok kiri kanan. Aku nampak sorang brader ni ngah isap rokok (rokok membahayakan kesihatan k). Aku datang dekat brader tu,

" Semekom bro " aku bagi salam selaku seorang yang beragama Islam.

Brader tadi jawab salam aku. Aku pon tanye kt brader tu, inteview ape yg ngah jalan ni.

"Temuduga polis, kau datang ni nk watpe?" brader tadi jawab cam panas ngan soklan aku.

Aku terus blah tanpa memanjangkan perbualan tadi. Sungguh tidak aku sangka mak aku suruh aku g inteview polis rupenye. Mana die tau ada interview ni aku msh xdpt tau sampai sekarang.

Aku nk blah pown aku dh sampai. So, aku teruskan jek. Tetibe membe aku tepon, dia ajak aku g interview tu. Aku dengan penuh perasaan cakap la kt dia yang aku dah ada kt interview ni. Member aku tu tanpa segan silu memaki hamun aku pasal xajak dia. Aku hanye boleh tergelak jek.. Sory fares, bkn rezeki ko.

Maka bermula la epic interbiew aku tu. Mula2 kne di ambil ukuran bdn, 32 25 32. Damm....ape ni?? Tinggi aku di ukur, pastu aku ditimbang ala2 men sepak raga. Dah lepas sume tu bermula la kepenatannye..
to be continue........